Tuesday, 9 May 2017

Barbeque Day AKRAB





Sabtu 06 Mei 2017, Kemensah – Aktiviti Barbeque Day AKRAB merupakan satu acara wajib bagi AKRAB KKR bagi mengeratkan lagi ukhwan sesama ahli. Pada tahun ini, lokasi yang telah dipilih adalah di Celi Chalet Air Terjun Kemensah (berhampiran zoo negara).
Syabas kepada Biro Sukan dan Rekreasi yang telah berjaya menganjurkan aktiviti kali ini dan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa hadir bersama.


Anak-anak cukup teruja untuk bersama-sama menjayakan aktiviti kali ni. Bersemangat untuk memenangi setiap pertandingan yang diadakan. 
Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengerusi AKRAB KKR

Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengerusi AKRAB KKR





 Rasa lelah anda seolah-olah hilang saat anda menikmati dinginnya air terjun yang mengalir. Enjoy!! Best!! 
We Didn't Realize We Were Making Memories, We Just Knew We Were Having Fun


























Congratulation to Biro Sukan Dan Rekreasi because organized this event

Tuesday, 2 May 2017

Pameran AKRAB Sempena Program Well 4Life MOWfit 2017


Cawangan Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan satu program kesihatan iaitu KURSUS WELL FOR LIFE ‘MOWfit 2017: SMART LIFE, HEALTY LIFE’ bagi kakitangan Kementerian/Jabatan Kerja Raya dan agensi untuk menggalakkan warga Kementerian mengamalkan cara hidup sihat. Program ini bertujuan untuk:-
a)    Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan warga KKR;
b)  Memastikan warga KKR  dalam keadaan sihat dan ceria supaya menjadi lebih  produktif; dan
c)  Bagi menggalakkan semua warga KKR melakukan perubahan dan mengamalkan cara hidup sihat sebagai rutin kehidupan untuk menjamin kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat KKR melalui keseimbangan kesihatan minda dan fizikal.


Di kesempatan ini juga, AKRAB KKR turut membuka booth bagi beberapa aktiviti dan booth jualan bagi memeriahkan lagi program kesihatan ini. Antara aktiviti yang ada di booth AKRAB ialah :-
  • Inventori Personaliti Warna (IPW)
  • Permainan Jenga & Tumbling Monkey
  • Jualan 







Monday, 1 May 2017

Mesyuarat AKRAB KKR Siri 1/2017


Mesyuarat AKRAB Kementerian Kerja Raya (KKR) Siri 1 bagi tahun 2017 telah diadakan pada 7 April 2017 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Melati, Kementerian Kerja Raya. Aktiviti/program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2016 yang merangkumi penganjuran aktiviti/program daripada Biro Ekonomi, Biro Kebajikan, Biro Perhubungan dan Publisiti, Biro Sosial dan Tugas-Tugas Khas serta kedudukan kewangan AKRAB KKR dibentangkan kepada ahli mesyuarat.





Pemilihan Jawatankuasa AKRAB KKR bagi sesi 2017/2019 turut diadakan pada tarikh berkenaan. Syabas dan Tahniah kepada semua Jawatankuasa yang terpilih. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik demi memajukan AKRAB KKR. Sekalung Budi dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mantan Jawatankuasa AKRAB sesi 2015/2017 kerana telah berjaya menaikkan nama AKRAB KKR dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada warga Kementerian. 


Barisan Jawatankuasa AKRAB Sesi 2017/2019